Program Latihan Kelas ASAS ICT Menggunakan Microsoft Excel
14 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kodiang telah mengadakan program latihan asas menggunakan Microsoft Excel. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar membuat latihan asas ICT menggunakan aplikasi Microsoft Excel di dalam kegunaan membuat tugasan dan kerja harian sekolah.
Ianya dengan tujuan untuk memastikan mereka mahir menggunakan perisian Microsoft Excel, mereka diajar cara untuk membuat jadual persekolahan dan staf akan memberi penerangan tentang cara menggunakan Microsoft Excel.
Mereka kemudian diajar cara untuk menyalin jadual dan meletakkan ke dalam Micrsoft Word dan menyimpan ke dalam komputer. Kelas ini melibatkan 8 orang peserta.
Kelas berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Malaysia Kodiang selama 3 jam bermula dari 2 petang dan dihadiri oleh seramai 8 orang peserta terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Kg Kodiang Lama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: